Kejadian Sebenar Kisah Lelaki Warga Emas Hilang Di Hutan

No Comments
Kejadian Sebenar Kisah Lelaki Warga Emas Hilang Di Hutan
Masih ingat lagikah anda kejadian lelaki warga emas yang hilang di Kapit selama 4 hari. Lelaki warga emas itu yang dikenali sebagai Buda Win berumur 72 tahun berasal daripada Rumah Panjang Gawan, Lepong Balleh Kapit. Magsa ditemui pasukan pencari dan penyelamat (SAR) pada jam 1215 tengah hari iaitu pada hari keempat mangsa dikatakan hilang semasa mencari hasil hutan.

Kejadian Sebenar Kisah Lelaki Warga Emas Hilang Di Hutan.

Kisahnya bermula apabila mangsa masuk ke hutan mencari hasil hutan seperti daun 'sabong' (dalam bahasa Iban). Jika dibayangkan, hutan tersebut merupakan kawasan yang sangat biasa baginya. Mangsa tahu selok belok hutan tersebut dan tidak sama sekali hutan tersebut boleh menyesatkannya. Pada masa kehilangan mangsa, mangsa menceritakan mengekori seseorang dalam hutan yang mengatakan terdapat banyak daun 'sabong' di sesuatu tempat sehingga mangsa terlupa yang mangsa tersesat dan sangat asing baginya 'tempat' itu.

Mangsa berada di suatu tempat yang sangat asing.

Setelah mengamati tempat itu, baru mangsa sedar yang mangsa telah berada si suatu tempat yang mangsa sendiri tidak tahu dimana tempat itu. Ekoran daripada itu, laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa dan operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan untuk mencari mangsa. Setelah beberapa hari mangsa tidak ditemui, upacara korban dilakukan oleh keluarga mangsa dengan mengorbankan seekor ayam, namun pencari masih menemui jalan buntu.

Melakukan korban babi.

Kali kedua korban dilakukan ialah dengan mengorbankan seekor babi kampung. Upacara turun temurun ini sering dilakukan oleh masyarakat Iban di Sarawak bagi membantu penemuan orang hilang. Kali ini usaha mengorbankan babi kampung menemui hasil. Babi yang telah dikorbankan diletakkan tidak jauh daripada tempat sembelih. Tetapi yang peliknya, tiba-tiba kepala babi tersebut hilang. Menurut mangsa, kepala babi kampung yang dikorbankan tersebut telah sampai ke suatu tempat dimana mangsa dikatakan hilang.

Cerita mangsa lagi, 'orang-orang' di tempat mangsa hilang terkejut melihat kepala bagi tanpa badan itu dan dan 'orang-orang' itu juga berebut untuk mengambil kepala babi itu sehingga berlaku pertelingkahan kecil. Menurut mangsa lagi, ekoran daripada pertelingkahan itu, mangsa dilepaskan oleh 'orang-orang' itu kerana kepala babi menyebabkan mereka bergaduh dan tiada guna 'menyimpan manusia' ini disini kata mereka.

Mangsa ditemui selamat.

Pada hari keempat, 'orang-orang' itu melepaskan mangsa dan pasukan pencari dan penyelamat telah menemui mangsa sekitar jam 12 tengah hari tidak jauh daripada tempat mangsa dikatakan hilang. Cerita ini diceritakan oleh mangsa sendiri kepada rakan-rakan mangsa. Sila betulkan kesalahan jalan cerita jika sedikit berbeza dengan cerita yang diceritakan oleh mangsa.

Dear readers, after reading the Content please ask for advice and to provide constructive feedback Please Write Relevant Comment with Polite Language.Your comments inspired me to continue blogging. Your opinion much more valuable to me. Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments