Segah Selaan One Stop Shop & Homestay dengan Air Terjun Tekiwit Yang Mempesona

No Comments
Segah Selaan One Stop Shop & Homestay dengan Air Terjun Tekiwit Yang Mempesona denai borneo
Sekumpulan pelancong bermandi manda di Air Terjun Tikiwit.

Segah Selaan One Stop Shop & Homestay dengan Air Terjun Tekiwit Yang Mempesona.

Long Selaan (juga ditulis Long Sela'an) adalah penempatan di Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 553.9 kilometer (344 mi) timur-utara-timur ibu negeri Kuching. Kampung ini terletak di kawasan Ulu Baram di Sungai Baram antara Long Semiyang (hulu) dan Long Moh (hiliran).

Perkampung Kenyah terletak di mana aliran kecil menyertai sungai besar, dan mengambil nama sempena nama sungai. Dalam hal ini aliran kecil dinamakan Sungai Sela'an.

Terdapat tiga kumpulan kecil masyarakat Kenyah di kampung iaitu Lepo'Ke, Lepo'Belukun dan Lepo'Tepuan. Terdapat sebuah rumah panjang yang telah berada disini sekurang-kurangnya lima puluh tahun dahulu.

Air terjun yang pasti memuaskan citarasa pengunjung untuk datang kali kedua.
Apabila penduduk Lepo'Tau berpindah ke kawasan itu dari Sungai Silat, penduduk Long Sela'an memberikan kawasan bawah tanah kepada mereka, yang menjadi penyelesaian kepada Long Moh.

Namun terdapat khazanah yang agak tersembunyi dan belum diketahui dunia. Air terjun yang sangat mempesona ini diberi nama Air Terjun Tekiwit.
Segah Selaan One Stop Shop & Homestay dengan Air Terjun Tekiwit Yang Mempesona denai borneo
Pemandangan dari atas menggunakan drone Air Terjun Tikiwit.

Lokasi Air Terjun Tekiwit Selaan.

  • Cara hendak ke Air Terjun Tekiwit Selaan.

Air Terjun Tekiwit Selaan terletak di Ulu Baram, Miri Sarawak. Air terjun yang sangat unik mempunyai 2 air terjun yang berdekatan. Bagi mereka yang berminat dalam mengembara ini adalah di mana anda perlu mengetahui perkara berikut;

1. Perjalanan dari Miri ke Homestay mengambil masa 6 jam menggunakan 4WD.

2. Homstay ini menawarkan pakej 3 hari 2 malam termasuk makan dan pengangkutan serta mempunyai perkhidmatan pengangkutan dan konvoi dari Miri dengan kakitangan Homestay. 


3. Jika anda mahu memandu sendiri, pastikan pemandu mahir dengan selok-belok laluan balak dan tanah licin.

4. Homestay ini juga menyediakan dapur bukan Halal dan dapur Halal untuk pengunjung. Peralatan dapur semua disediakan untuk mereka yang ingin memasak untuk diri mereka sendiri dan terdapat caj yang dikenakan. Atau anda mahu pihak Homestay menyediakan makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.


5. Terdapat 2 bot dan jaket keselamatan disediakan untuk aktiviti memancing. Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh mendapatkan ikan Semah atau Ikan Empurau, iaitu sejenis ikan iar tawar yang amat bernnilai.


6. Selain itu, anda boleh melawat kampung-kampung Penan, menyelami sendiri kehidupan harian kaum Penan. Aktiviti berkhemah di kawasan homestay dibenarkan jika anda tidak mahu tidur di bilik inap desa.


7. Homestay ini mempunyai 12 bilik, 5 tandas untuk tetamu. Satu bilik menampung 4-5 orang, kerana setiap bilik mempunyai katil single dan katil double.


8. Selain dari Air Terjun Tekiwit terdapat tempat menarik untuk diterokai seperti Air Terjun Sebureng.


9. Kid First Aid boleh didapati. Pihak Homestay akan membawa anda untuk meneroka keindahan alam.


Aktivi yang boleh dilakukan di Air Terjun Tekiwit Selaan.

  • Mandi


  • Jungle tracking.



  • Memancing.


Jika anda seorang pemancing tegar inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana anda boleh melakukan casting di sungai ini. Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan Semah dan Ikan Empurau.

Jika Anda Berminat menempah percutian?

Mr.Franklin 017-806 6075 
Mr.Arthur 016-894 4271 

Sumber Wikipedia, Facebook

Dear readers, after reading the Content please ask for advice and to provide constructive feedback Please Write Relevant Comment with Polite Language.Your comments inspired me to continue blogging. Your opinion much more valuable to me. Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments