Jom Ke Sarawak - Pesta Durian dan Buah-Buahan Dengan Harga Murah

No Comments
Hujung tahun merupakan detik yang ditunggu para penggemar durian. Jika sebelum musim durian, harga sebiji durian boleh mencecah puluhan ringgit. Tetapi harga durian sekarang ini anda boleh membawa bakul besar jika hendak membeli durian. Dengan harga serendah 4 sehingga 5 biji RM 10 sahaja. 

Di Sarawak amnya, penjual-penjual durian mengambil kesempatan untuk menjual durian mereka sepanjang jalan Kuching-Sibu-Bintulu-Miri dengan harga yang amat murah. 

pesta durian kanowit denai borneo
Anda boleh memilih dan membawa balik sampai berguni-guni durian balik.

Gambar diatas merupakan durian yang dijual di Kanowit. Anda boleh memilih tanpa ragu-ragu kerana harganya amat murah.

pesta durian kanowit denai borneo
Bagi pengemar durian inilah Sarawak merupakan lokasi yang perlu dikunjungi.

Malah ada jual pembeli membeli durian sampai penuh bonet kereta dan bakul. Ada juga mereka yang sanggup meredah lalulintas sehingga berjam-jam semata-mata untuk mendapatkan durian yang banyak dengan harga yang murah. Bagi mereka yang menetap diluar Sarawak, jom Ke Sarawak - kerana sekarang terdapat Pesta Durian dan Buah-Buahan Dengan Harga yang Murah.

Resipi durian.

Admin pun tak pernah terfikir untuk membakar durian. Namun, bagi pengemar durian tegar mereka sanggup membuat pelbagai resipi untuk buah kesayangan mereka. Anda bleh cuba untuk membakar durian... tengok macam mana rasanya. Pasti sedap.

durian bakar denai borneo

durian bakar denai borneo

LIKE kami di FACEBOOK untuk pelbagai info menarik dari kepulauan Borneo.

Dear readers, after reading the Content please ask for advice and to provide constructive feedback Please Write Relevant Comment with Polite Language.Your comments inspired me to continue blogging. Your opinion much more valuable to me. Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments