Gawai 2018 Semakin Dekat

No Comments

Perayaan Gawai Dayak yang dilangsungkan pada setiap 1 Jun setiap tahun sememangnya dinantikan oleh golongan Dayak amnya. Perayaan yang sedemikian amat bermakna kepada mereka yang sering berjauhan dengan keluarga seperti bekerja di tempat lain.


sarawak, gawai dayak
Ketibaan tetamu kehormat. Kebiasaannya mereka dijemput untuk melakukan upacara penting semasa miring atau 'Gawa'.

Berikut merupakan detik-detik dan gambar kenangan semasa admin berada di perkampungan pedalaman Iban iaitu Nanga Selentang , Gaat, Balleh, Kapit lebih kurang dua jam perjalanan dari pekan kapit melalui jalan balak untuk sampai ke kampung tersebut.

perayaan gawai dayak, sarawak culture

Upacara Miring.

Perayaan Gawai Dayak tidak lengkap tanpa upacara miring. Apakah upacara miring? Upacara miring mengikut masyarakat Iban ialah satu upacara tradisi turun temurun untuk memohon keberkatan seperti kesihatan, keselamatan, rezeki dan sebagainya daripada tuhan atau daripada nenek moyang.

sarawak, dayak sarawak, perayaan gawai
Upacara miring sedang dilakukan.

Persiapan Gawai.

Seperti juga perayaan lain di Malaysia, persiapan untuk perayaan Gawai ini biasanya telah dibuat beberapa minggu sebelum Gawai. Bagi mereka yang melakukan perayaan 'Gawa' iaitu satu upacara yang lebih 'besar' maknanya dalam tradisi Iban.

sarawak, perayaan gawai dayak
Korban yang telah disediakan bagi menyambut tetamu kehormat.

Kuih Popupar Gawai.

Tidak lupa juga khidmat kaum wanita waktu ini. Meraka akan turut menyediakan pelbagai kuih wajib Gawai seperti kuih jala (kuih sarang semut), penyaram, kuih pulut (kuih yang dibalut dengan daun) dan sebagainya.

sarawak culture, perayaan gawai dayak
Kaum wanita sedang menyiapkan kuih-kuih popular sebelum perayaan Gawai.



'Gawa' biasanya dilengkapi dengan 'ranyai'. 'Ranyai' ini akan dikelilingi oleh 3 orang yang dipanggil 'nimang' daripada petang sehingga ke pagi keesokannya.

ranyai, sarawak
'Ranyai didirikan bagi memeriahkan perayaan Gawai tersebut.

Persiapan 'Gawa' ini sememangnya dilakukan beberapa minggu sebelum berlangsungkan upacara 'Gawa' dan melibatkan kos atau belanja yang agak besar.

Upah 'Nimang' (Upah Gawa).

Bagi mereka yang melakukan 'nimang', meraka akan meminta upah seperti wang ringgit, tembikar kecil, ayam, kain dan besi.

sarawak culture, perayaan gawai dayak sarawak

Detik-detik Gawai dan gambar-gambar kenangan semasa Gawai.



Dear readers, after reading the Content please ask for advice and to provide constructive feedback Please Write Relevant Comment with Polite Language.Your comments inspired me to continue blogging. Your opinion much more valuable to me. Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments