Miliki Peluru Hidup, Lelaki Ditahan di Limbang

No Comments

LIMBANG: Seorang lelaki ditangkap selepas didakwa memiliki peluru hidup dalam keretanya di kawasan Kampung Tanjung, Jalan Medamit, dekat sini pada Ahad.


Miliki Peluru Hidup, Lelaki Ditahan di Limbang

Suspek yang dari rumah panjang di Kuala Mendalam ditahan dalam operasi pemantauan aktiviti sabung ayam pada jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata polis menjumpai lima peluru jenis penabur dan satu kerongsong peluru penabur di dalam beg yang diletakkan di tepi pemandu.

"Turut dijumpai adalah 14 bilah taji ayam di dalam beg yang diletakkan di bahagian belakang pemandu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 dan 6(1) Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata
Berbahaya 1958.

Sumber asal : Utusan Borneo
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Dear readers, after reading the Content please ask for advice and to provide constructive feedback Please Write Relevant Comment with Polite Language.Your comments inspired me to continue blogging. Your opinion much more valuable to me. Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments